Pages

Monday, 1 September 2014

Minggu JMSK

Pada 26 dan 27 Ogos 2014, Jabatan Matematik, Sains & Komputer telah menganjurkan program “Minggu JMSK” bertemakan alam sekitar Beberapa acara menarik diselitkan antaranya adalah ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar dan pertandingan “Water Rocket “ untuk pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, sementara itu pertandingan Running maths & Recycle Competition pula lebih memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai , Pasir Gudang.


Minggu JMSK ini diadakan bagi mendekatkan lagi jiwa warga PIS dan komuniti dengan Matematik dan Sains. Tema yang dibawa untuk julung-julung kali ini adalah ‘back to nature’. kerana alam sekitar ini adalah warisan dunia di mana ia satu aset yang sangat berharga dan harus dipelihara, dijaga dan dikekalkan. Kesedaran tentang penjagaan, amalan harian dan do & don’t kepada alam ini perlu ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa agar masing-masing sedar dan bertindak kearah memeliharanya.


Bagi program ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar, penceramah khas dijemput dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor iaitu Puan Nurazuwah binti Omar yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pemelihara Hutan dan juga diiringi oleh pengawas hutan yang ramah dan sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pengawas hutan iaitu Encik Nasarudin bin Jais. Ceramah kesedaran berlangsung dengan jayanya dimana terdapat beberapa aktiviti kuiz dijalankan semasa sesi ceramah untuk menarik perhatian pelajar. Selain itu, satu pameran mini tentang hutan dan kesedaran kesihatan alam sekitar pada hari pertama.

Selain ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar, pertandingan Water Rocket di peringkat saringan telah dilaksanakan seminggu lebih awal daripada tarikh Minggu JMSK. Sebanyak 32 pasukan daripada pelajar semester 1 telah menyertai pertandingan ini dan 10 pasukan telah layak ke peringat akhir.  Hadiah yang dimenangi oleh pemenang-pemenang water rocket adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM 500 untuk tempat pertama, RM 300 untuk pemenang tempat kedua dan RM 200 untuk pemenang ketiga.  Peserta-peserta lain pula memperoleh sijil penyertaan.   

Pada hari Rabu, 27 Ogos 2014, sesi ceramah Pelan Integriti Nasional telah dianjurkan dengan menjemput Prof  Madya Dr. Shafaai Bin Musa Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti, Kepimpinan & Latihan Semangat Dato’Onn  (IKLAS) sebagai penceramah.  Peserta yang terlibat adalah 150 orang staf daripada setiap jabatan di Politeknik Ibrahim Sultan. Pada masa yang sama, pertandingan Running Maths dan Recycle Competition dijalankan dengan kerjasama pelajar-pelajar PIS, kakitangan JMSK bersama-sama dengan 39 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai . Penerapan nilai reuse, reduce dan recycle dimana pelajar dikehendaki mencipta dari bahan-bahan terbuang, bersama-sama dengan konsep explorace iaitu pelajar harus menyelesaikan  beberapa siri masalah matematik dalam Running Maths. Dua guru pengiring iaitu Puan Rozita Mahari dan Encik Shahrulazuan bin Ahmad Jamain telah sudi sama-sama menyertai

Pengarah PIS, Encik Hatta Bin Zainal telah sudi menjadi perasmi pada hari penutup bersama-sama diiringi dengan Ketua Jabatan JMSK, Pn. Dr. Hjh Siti Zunariah Binti Mohd Said. Guru kanan dari sekolah iaitu Puan Julaiha Abd Hamid sempat turut serta dalam majlis tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.


Secara keseluruhannya, kami menerima maklum balas positif dari para peserta sepanjang dua hari program ini dilangsungkan. Malah guru-guru juga sentiasa berbesar hati mengalu-alukan bentuk kerjasama seperti ini agar dapat membuka minda pelajar sekolah terhadap peranan PIS pada komuniti setempat. Adalah menjadi harapan kami kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.



0 comments:

Post a Comment