Kem Perkongsian Pintar telah berlangsung pada 21 hingga 22 Mac 2014
bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor. Kem ini telah dianjurkan
oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan dengan
kerjasama Kelab Rakan Muda Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Peserta yang telah
dipilih adalah dari kalangan pelajar ‘carry
modul’ iaitu pelajar yang mengulang kursus. Peserta ini telah dipilih untuk
membantu mereka dalam memotivasikan diri masing-masing dalam peningkatan dari
segi mental dan rohani bagi memastikan
mereka mampu menamatkan pengajian mereka dengan jayanya di Politeknik Ibrahim
Sultan.
Antara tujuan kem ini
dianjurkan adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi berterusan kepada
pelajar ‘carry modul’, memupuk
semangat jati diri dan percaya kepada kebolehan diri sendiri dan mewujudkan ‘trust’ iaitu kepercayaan oleh pelajar
kepada pensyarah. Peserta yang terpilih ini adalah seramai 40 orang dari
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Dua jabatan
ini dipilih kerana kebanyakkan pelajar yang mengulang kursus adalah dari
kalangan pelajar yang mengambil kursus matematik kejuruteraan.
Kem dua hari satu malam ini
mempunyai banyak aktiviti yang menarik seperti:
i.
Seminar
Pengurusan Masa Berkesan
ii.
Kuliah
maghrib bertajuk Kepentingan Ilmu Dalam Islam
iii.
Slot
Muhasabah Pencetus Ummah
iv.
Mathematics Race
v.
Latihan
dalam kumpulan
vi.
War games
Hadiah menarik telah
menanti para peserta kem seperti Matemathics
Race dan Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan para
peserta untuk berkerjasama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat. Kreativiti
dan pemikiran yang pantas diperlukan untuk menyelesaikan cabaran yang telah
diberikan.
Secara keseluruhannya, Kem
Perkongsian Pintar yang telah dianjurkan dapat mencapai matlamat dan mampu
memberikan impak bukan sahaja kepada peserta yang terlibat tetapi secara tidak
langsung ia mampu meningkatkan imej Politeknik Ibrahim Sultan dalam melahirkan
lebih ramai pelajar yang mempunyai daya kepimpinan dan sahsiah diri yang
tinggi.
0 comments:
Post a Comment