CSR bersama Sekolah Rendah Kebangsaan Kopok, Pasir Gudang anjuran Unit Ko-kurikulum dan Sukan Kerjasama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan pada 4hb Mac 2014 yang lalu bertempat di perkarangan Politeknik Ibrahim Sultan. CSR ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim , meningkatkan semangat kerjasama diantara pensyarah dan pelajar politeknik bersama murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kopok dan akhir sekali memberi peluang murid-murid melalui proses ‘knowledge transfer’ dengan pihak politeknik.
Bengkel tersebut telah melibatkan seramai 20 orang pelajar darjah 3 Sek. Ren. Keb Kopok berumur 9 tahun. Bengkel tersebut dibimbing oleh 28 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan semester 2 yang mengambil kursus kokurikulum (Sofbol ). Program bermula seawal 2.00 petang hingga 5 petang . Pelajar didedahkan tentang kemahiran asas permainan sofbol. Program tersebut berlangsung di Padang Sofbol Politeknik Ibrahim Sultan. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga juga kepada seorang guru pengiring dari Sek. Ren Keb. kopok yang hadir bersama-sama murid-murid tersebut.
Adalah menjadi harapan pihak politeknik, lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksamakan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan masyarakat setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment