Politeknik telah mengadakan program Destinasi Kasih sekali lagi bagi kesinambungan Politeknik Kasih 2013 bersama-sama pensyarah, pelajar politeknik dan murid sekolah kebangsaan Taman Cendana. Pelajar telah didedahkan dengan permainan yang melibatkan matematik dan telah dibimbing oleh 9 orang pelajar politeknik semester tiga.
Antara objektif program ini adalah bagi merapatkan silaturrahim diantara pensyarah dan pelajar bersama murid Sek Keb. Taman Cendana. Memberi peluang kepada murid-murid bekerjasama dengan pensyarah dan pelajar politeknik. Dan akhir sekali memberi peluang kepada murid-murid melalui proses knowledge transfer dengan pihak politeknik.
Program ini berlangsung pada hari Isnin, 3hb Mac 2014, serta melibatkan seramai 20 pelajar darjah empat, Sek Keb Taman Cendana yang berumur 10 tahun. Program ini bermula seawal 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Sebelum permainan bermula pelajar tersebut perlu melalui proses ‘pre test’ soalan matematik selama 30 minit. Dan selepas habis ‘ Exploration Race ‘ pelajar tersebut perlu sekali lagi melalui proses ‘post test’.
Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Bin Kassim. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga juga kepada semua Ketua Jabatan Induk, Guru Penolong Kanan Sekolah Puan Noraini Binti Abd Syukur. dan guru pengiring Cik Wan Hasyimah Binti Wan Osman dari Sek Keb. Taman Cendana turut hadir bagi memeriahkan majlis penutup tersebut.
Adalah menjadi harapan pihak politeknik, lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksamakan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan masyarakat setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment