CSR bersama Sekolah Rendah Cahaya Baru, Pasir Gudang anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan pada 6 Februari 2014 yang lalu bertempat di perkarangan Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis penutup CSR ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah ( Akademik ) Politeknik Ibrahim Sultan, Puan Hajah Suzana Binti Hashim. CSR ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim , meningkatkan semangat kerjasama diantara pensyarah dan pelajar politeknik bersama murid Sekolah Rendah Kebangsaan Cahaya Baru dan akhir sekali memberi peluang murid-murid melalui proses ‘knowledge tranfer’ dengan pihak politeknik.
Program tersebut telah melibatkan seramai 70 orang pelajar darjah 5 Sek. Ren. Keb Cahaya Baru berumur 11 tahun. Program tersebut dibimbing oleh 7 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan semester 2 dan semeter 3 . Terdapat 4 orang pensyarah pelatih daripada UTHM telah berbesar hari menjadi fasilitator sepanjang program tersebut berlangsung. Program bermula seawal 8.00 pagi hingga 12 tengahari. Pelajar didedahkan tentang pengetahuan asas penggunaan Aplikasi Komputer menggunakan microsoft word tahap satu. Program tersebut berlangsung dii Makmal Komputer CAD 1, CAD 4 dan GCL 2 di Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Ibrahim Sultan. Ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga juga kepada dua orang guru pengiring dari Sek. Ren Keb. Cahaya Baru yang hadir bersama-sama murid-murid tersebut.
Adalah menjadi harapan pihak politeknik, lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksamakan pada masa akan datang supaya Politeknik Ibrahim Sultan akan menjadi hub pendidikan dan rujukan masyarakat setempat dan juga cemerlang di peringkat antarabangsa.
0 comments:
Post a Comment