Pages

Thursday 30 January 2014

Kursus Penggunaan SPSS




Salah satu daripada tugas utama dan tanggungjawab PPPT adalah melaksanakan kajian/penyelidikan/inovasi yang menyumbang kepada organisasi atau negara.  Dalam sesuatu kajian/penyelidikan/inovasi yang dibuat, penganalisaan data adalah satu bahagian yang sangat penting.  Selain daripada Microsoft excel, penganalisaan data boleh dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).  Jika dibandingkan dengan Microsoft Excel, perisian SPSS adalah lebih mudah untuk digunakan dan dapat menjimatkan masa.  Untuk memberikan pendedahan kepada PPPT mengenai keistimewaan perisian SPSS ini, satu kursus penggunaan perisian SPSS telah diadakan.

Kursus ini telah dihadiri oleh 31 orang pensyarah JMSK dan dikendalikan oleh Ketua Jabatan JMSK sendiri iaitu Dr Hajah Siti Zunariah binti Mohd Said.Dalam kursus ini, peserta telah diberikan penerangan ringkas mengenai struktur asas SPSS versi 20.  Peserta kemudiannya dikehendaki untuk membuat latihan dengan memasukkan data dan mengimport data ke dalam perisian SPSS tersebut.  Peserta juga ditunjukkan bagaimana untuk menganalisa data-data yang telah dimasukkan.Diharap dengan kursus ini, PPPT di JMSK dapat menghasilkan laporan  kajian / penyelidikan / inovasi dengan analisis data yang lebih tepat dan boleh menyumbang pelbagai maklumat kepada pembangunan pelajar dan staf di jabatan. 

0 comments:

Post a Comment