Pages

Thursday, 30 January 2014

Kursus Lecture maker & Camtasia pada 28 - 29 Januari 2014


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran masa kini bukan lagi berdasarkan konsep chalk and talk sahaja.  Dengan konsep Outcome Base Education yang diperkenalkan, pelajar-pelajar perlu belajar dengan lebih aktif dan tidak mengharapkan maklumat yang keluar dari mulut pensyarah sahaja.  Oleh itu, pensyarah perlu lebih kreatif supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah lebih menarik, efektif dan  pelajar dapat berinteraksi secara dua hala.



Penggunaan multimedia interaktif dilihat boleh membantu pelajar untuk memahami sesuatu maklumat pembelajaran dengan lebih berkesan.  Ini adalah kerana ia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan media yang disampaikan walau di mana sahaja mereka berada.


Di atas kesedaran itu, kursus Using Lecture Maker and Camtasia For Teaching and Learning Activities telah diadakan supaya para pensyarah dapat menyediakan bahan multimedia interaktif untuk kursus masing-masing.  Kursus ini telah dikendalikan oleh 2 orang penceramah dari JMSK sendiri iaitu Pn Siti Nuradibah binti Haji Edros dan Pn Emy Zulyiana binti Mohd Nor dan dihadiri oleh 29 orang pensyarah JMSK.
Diharap dengan kursus ini, para pensyarah dapat menjadi pendidik yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.   

0 comments:

Post a Comment