Bengkel
Pembinaan Item Penilaian Berterusan 2015
telah dijalankan pada 8 hingga 9 Februari 2015 bermula jam 9.00 pagi
hingga 4.30 petang. Bengkel ini dijalankan di bilik CAD 1, JMSK. Peserta yang
terlibat dalam menjayakan kursus ini adalah pensyarah JMSK seramai 28 orang.
Fasilitator yang dilantik ialah Pn. Asniza Binti Abu Bakar dan Cik Fazida
Akhtar Binti Abdullah. Bengkel ini dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu
kumpulan bagi kursus Matematik yang dipantau oleh fasilitator Pn. Asniza Binti
Abu Bakar dan kumpulan kursus Sains
Kejuruteraan (fasilitator Cik Fazida Akhtar Binti Abdullah). Bengkel ini
dijalankan adalah untuk menyediakan soalan-soalan penilaian berterusan yang
selaras bagi setiap subjek. Soalan yang dibangunkan mestilah berpandukan kepada
silibus. Dalam tempoh dua hari bengkel, soalan yang telah selesai disemak oleh
fasilitator akan difailkan untuk dijadikan bank soalan dan digunakan untuk
penilaian semester semasa dan semester akan datang.
0 comments:
Post a Comment