7 Februari 2013 - Perbadanan Taman Negara Johor telah mengadakan satu program CEPA (Communication, Education, Participitation & Awareness) bermatlamat menyemai kesedaran di kalangan generasi muda tentang kepentingan penjagaan alam sekitar yang dikhususkan kepada pelajar IPTA dan IPTS selama 2 jam setiap program. Program yang dikendalikan oleh JMSK inibermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang dan melibatkan lebih kurang 300 pelajar Politeknik Premier Ibrahim Sultan terdiri dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Hospitaliti & Pelancongan.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada pelajar-pelajar dan masyarakat secara umumnya mengenai tanah lembap berkepentingan antarabangsa di Negeri Johor iaitu Tapak Ramsar yang terletak di Tanjung Piai. Program yang dikendalikan ini mendapat respon dan sambutan yang baik di kalangan pelajar-pelajar.
Program dimulakan dengan taklimat kepada pelajar-pelajar dan pengenalan mengenai PTNJ (Perbadanan Taman Negara Johor) dan diikuti dengan taklimat pengenalan mengenai Tapak Ramsar. Taklimat diselang-selikan dengan kuiz dan permainan. Pelajar yang memberi jawapan yang betul turut diberikan hadiah. Selain itu, pelajar-pelajar diberi peluang dalam sesi soal jawab bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang program CEPA ini. Di akhir program, kesemua pelajar dibawa ke lawatan pameran secara berkumpulan. Satu kain rentang telah disediakan di luar dewan untuk pelajar-pelajar meletakkan cop tangan mereka dengan cat berwarna merah dan biru sebagai tanda sokongan mereka terhadap program ini.
Di akhir program, cenderahati seperti payung dan keychain juga telah diberi kepada para pelajar dan pensyarah pengiring sebagai kenang-kanangan.
Secara keseluruhannya, program yang telah dianjurkan dapat memberi pendedahan tentang kepentingan menjaga persekitaran bukan sahaja kepada pelajar bidang pelancongan sebagai sebahagian kurikulum bahkan pelajar dari jurusan lain juga mendapat pendedahan tentang isu alam sekitar yang mungkin suatu hari nanti dapat diaplikasikan dalam bidang masing-masing.
0 comments:
Post a Comment