Pages

Monday 4 February 2013

Pertandingan KIK 2013 peringkat Politeknik Ibrahim Sultan

Pertandingan KIK 2013 peringkat Politeknik Ibrahim Sultan telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama PIS pada 31 Januari 2013. Kumpulan FBI dan JKE ONE muncul sebagai pemenang anugerah emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) kali pertama yang berlangsung selama satu hari di sini.





Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Konvensyen KIK PIS kali pertama, Siti Zunariah berkata, kumpulan FBI yang disertai pensyarah Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) itu menang Anugerah Emas manakala kumpulan JKE ONE yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pula telah memenangi dua anugerah utama iaitu Anugerah Emas dan Projek Harapan Konvensyen KIK 2013. JMSK turut memenangi satu lagi anugerah iaitu Anugerah Fasilitator Terbaik yang disandang oleh pensyarah Norihan binti Mahmood. 





Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) PIS, Tuan Haji Sahul Hamed bin Abd Wahab. Semua kumpulan yang bertanding berjaya membawa pulang hadiah berupa piala, medal dan sijil sebagai mengiktiraf kejayaan projek serta inovasi mereka. Tiga kumpulan telah memenangi anugerah perak iaitu kumpulan Gi10, kumpulan EX8 dan kumpulan KIV. Manakala anugerah gangsa dimenangi oleh kumpulan GENKRENO, kumpulan DIAMOND dan kumpulan CLIC UNITED. 




Sebanyak lapan kumpulan KIK dari semua jabatan di PIS iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) dan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) bertanding dengan mengemukakan produk serta inovasi yang akan memberi manfaat kepada organisasi dan aktiviti harian. 

Semoga dengan adanya konvensyen seperti ini dapat menarik lebih banyak lagi kumpulan KIK yang lain untuk menghasilkan projek-projek inovasi dan kreatif selaras dengan hasrat murni konvensyen ini yang bertujuan untuk mengiktiraf hasil penat lelah semua kumpulan KIK.










0 comments:

Post a Comment