Pages

Monday 18 February 2013

Pembagunan fizikal Eco-trail PIS bersama MPPG

Pada 18 Februari 2013, pihak Jawatankuasa Kolaborasi Eco-trail PIS telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Landskap MPPG untuk menjalinkan jaringan kolaborasi. Antara jawatankuasa yang hadir dalam sesi perbincangan tersebut adalah seperti Pn. Umi Kalthom Binti Ramin (Pengerusi Perbincangan), Pn. Zanariah Binti Kadir (Ketua Jabatan Landskap MPPG), Pn. Noorafidah Binti Ithnin, Pn. Zuraidah Binti Mohd Ramli, En. Md. Saifuddin Bin Md. Yusop dan Pn. Siti Nuradibah Binti Hj Edros.




Perbincangan antara JK Kolaborasi Eco Trail PIS bersama MPPG adalah seperti berikut:
  • Kerja mendalam dan melebarkan monsoon drain menjadi tasik buatan, membina trail di sekeliling tasik buatan dan membina kemudahan rekreasi. 
  • Sehingga Disember 2012, pembangunan fizikal yang telah dilaksanakan adalah menanam pokok-pokok hutan di sekitar kawasan PIS. Pokok-pokok tersebut adalah merupakan sumbangan daripada pihak JPNJ.
  • Memaklumkan bahawa untuk peringkat awal pembangunan fizikal Eco-Trail, penanaman pokok-pokok yang disumbangkan oleh JPNJ di sekitar kawasan Eco-Trail.
  • Meminta pihak MPPG mencadangkan konsultan yang sesuai yang boleh memberikan perkhidmatan dalam pembangunan fizikal projek Eco-Trail PIS. 


Berikut adalah khidmat nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Ketua Jabatan Lanskap MPPG:
  • Jawatankuasa Eco-Trail PIS perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai pembangunan fizikal taman rekreasi.
  • Pembangunan kawasan rekreasi dicadangkan bermula daripada laluan pejalan kaki daripada luar kawasan PIS, diteruskan dengan ke laluan bangunan kuliah, bangunan pentadbiran, asrama dan diakhiri ke kawasan Eco-Trail.
  • Perlu menawarkan kepada beberapa pihak konsultan supaya pihak PIS boleh membuat pemilihan dan penilaian yang terbaik.
  • Bagi pokok-pokok sumbangan JPJN yang telah ditaman, PIS perlu membuat pemantauan untuk memastikan pokok-pokok tersebut hidup dengan baik. Bagi pokok yang kelihatan hampir-hampir rosak atau layu, minta khidmat nasihat daripada JPNJ samada boleh dipulihkan atau perlu dibuang. 


Berikut adalah senarai konsultan yang dicadangkan:
  • Tropic Design (KulaiPerdana) – Pn. Rozinah
  • Claustern Design (Bandar Baru Uda) – En. Mahzan
  • Pihak MPPG menawarkan diri sebagai wakil PIS semasa perbincangan di antara PIS dengan pihak konsultan.

0 comments:

Post a Comment