Pada 19 Januari 2012, Jabatan Matematik Sains & Komputer telah menjalankan Kursus Amalan 5S bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Seminar ULPL. Peserta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini adalah staf JMSK seramai 42 orang. Kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan staf kepada siste, 5S ditempat kerja. penceramah yang diundang untuk menyampaikan penerangan berkenaan dengan amalan 5S ialah Pn. Wan Hamiza Binti Wan Hasan daripada JMSK PIS.
Pn. Wan Hamiza selaku penceramah sedang memberikan penerangan
Sepanjang kursus berjalan, penceramah menerangkan apa yang dimaksudkan dengan 5S, keperluan 5S di ruang kerja termasuk pejabat bilik kuliah, makmal dan sebagainya.
Para peserta sedang fokus dengan penerangan yang disampaikan
Penceramah juga menerangkan bagaimana proses 5S dijalankan dan contoh-contoh lokasi yang mengamalkan 5S. Amalan 5S ini membantu dalam memastikan ruang kerja dalam keadan yang tersusun dan seragam. Dengan adanya kursus amalan 5S ini, peserta lebih jelas mengenai keperluan amalam 5S di tempat kerja.
Penghargaan diberikan kepada penceramah iaitu Pn. Wan Hamiza
0 comments:
Post a Comment