Pages

Monday, 23 January 2012

LAWATAN KERJA KE KAMPUS EKO PELANCONGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR

Lawatan kerja ke kampus eko pelancongan UTM telah berjaya dilaksanakan pada 20 Januari 2012. Taklimat telah diberikan oleh En. Hamid Bin Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Profesional, Pejabat Harta Bina, UTM. Objektif lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat dan lawatan awal berkenaan dengan pembangunan Eco-Trail. Kawasan yang dijadikan sebagai Eco-trail di UTM ini adalah kawasan-kawasan estet yang menhasilkan getah dan kelapa sawit, kawasan dusun buah-buahan sepertti rambutan dan juga kawasan membangun disekitar kampus. Sehingga kini terdapat 5 trail yang telah dibangunkan di UTM iaitu Pioners’ trail, Inventors’ trail, Philosophers’ trail, Scholars’ trail dan Thinkers’ trail. 

Faktor pemangkin yang mendorong untuk membangunkan eco-trail di UTM antaranya adalah pengantarabangaan UTM. Ini termasuklah pelajar-pelajar antarabangsa dan juga pelawat-pelawat antarabangsa yang melawat kawasan trail. Dengan adanya eco-trail ini, dapat menarik minat pelajar dan pelawat antarabangsa. Selain itu, faktor pemangkin pembangunan eco-trail adalah pelestarian UTM dimana UTM mementingkan kehidupan yang sihat (healthy living) dikalangan warga UTM. Ini juga meningkatkan fasiliti di UTM dan menerapkan aktiviti yang sihat. Tarikah di sepanjang trail UTM adalah hutan rekreasi, dusun rambutan, aktiviti memerhati sepsis burung dan memancing. Eco-trail yang dibangunkan oleh UTM ini digunakan sebagai keperluan antaranya sebagai laluan aktiviti berkuda, laluan aktiviti berbasikal, laluan berjoging dan laluan ke objek-objek eco perlancongan. Setiap trail yang dibangunkan oleh UTM ini dilengkapkan dengan insfrastruktur asas iaitu wakaf utk berehat, papan tanda petunjuk arah, dan petanda nama trail. Laluan yang disediakan adalah laluan yang sedia ada. Trail yang telah dibangunkan oleh UTM ini masih lagi dalam proses penambahbaikan. Perancangan masa depan eco-trail UTM adalah memperkayakan flora fauna, penamaan untuk flora dan fauna yang terdapat di kawasan eco-trail dan mengadakan persembahan atau pertunjukan aktiviti menorah getah.

0 comments:

Post a Comment