BENGKEL
CIDOS PART II SESI DISEMBER 2015
Januari, Khamis – Jabatan Pendidikan Politeknik telah
merangka kurikulum berasaskan blended
learning. Blended Learning merupakan program pendidikan formal yang
membolehkan para pelajar mempelajari kandungan dan arahan pengajaran dan
pembelajaran melalui digital dan atas talian di mana pelajar tersebut ada kuasa
dalam elemen masa, tempat dan keadaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian, bagi memenuhi kehendak Jabatan Pendidikan Politeknik, bengkel
CIDOS (Bahagian 1) telah diadakan pada 28 Januari 2016 di Makmal CAD 4, Jabatan
Matematik, Sains dan Komputer.
Seramai 21 orang pensyarah yang terlibat dalam bengkel
ini telah diberikan penerangan yang lebih lanjut dalam keperluan blended learning oleh Penyelaras CIDOS
jabatan, Pn Siti Nuradibah binti Hj Edros untuk mencapai KPI yang telah
disediakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik. Item-item yang diperlukan dalam
platform CIDOS masing-masing perlu dikemaskini bagi mencapai keperluan blended learning. Semasa bengkel
dijalankan, semua pensyarah didedahkan dengan pencapaian blended learning bagi
platform masing-masing. Oleh yang demikian, para pensyarah yang belum melepasi KPI
boleh memperbaiki dan menambahbaik platform masing-masing. Platfrom-platfrom
ini akan menjadi sumber rujukan pengajaran dan pembelajaran bagi para pelajar
dalam memastikan kecemerlangan yang berterusan.
0 comments:
Post a Comment