Penilaian berterusan merupakan salah satu item yang akan diambil
kira selain penilaian akhir dalam penggiraan markah penuh kursus yang diambil
oleh para pelajar. Pelarasan item penilaian berterusan dalam kursus yang
diambil oleh para pelajar dengan Course
Learning Outcome (CLO) kursus yang diambil adalah selaras dengan keperluan
kurikulum. Oleh yang demikian, pada 6 dan 7 Januari 2016 yang lalu, bengkel
pembinaan item penilaian berterusan 2016 telah diadakan di Makmal CAD4, Jabatan
Matematik, Sains dan Komputer. Bengkel ini diadakan untuk membolehkan para
pensyarah menyediakan item-item penilaian berterusan yang lebih relevan dan
selaras dengan kecenderungan soalan –
soalan penilaian akhir. Oleh itu, para pelajar akan lebih mengetahui bahagian
pengajaran yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan kelulusan yang
cemerlang dalam kursus yang diambil.
Seramai 27 orang pensyarah jabatan telah
terlibat secara langsung dalam bengkel
ini. Para pensyarah telah dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan
kecil mengikut kursus yang diajar dan
difasilitator oleh dua orang ketua kursus iaitu Pn Asniza binti Abu Bakar dan
Cik Fazida Akhtar binti Abdullah. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini
memberi kesempatan kepada para pensyarah untuk membina item penilaian
berterusan yang baru dan sekaligus memurnikan item-item tersebut mengikut
keperluan silibus sekiranya terdapat perubahan. Item-item penilaian berterusan
akan disemak dan disahkan oleh fasilitator yang terlibat. Pembinaan item ini
akan difailkan dalam bank soalan bagi kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan
Matematik, Sains dan Komputer untuk
digunapakai pada semester yang terkini dan akan datang mengikut keperluan
semasa.
0 comments:
Post a Comment