Pages

Friday, 7 December 2012

KOLOKIUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Kolokium Pendidikan Teknik dan Vokasional anjuran JMSK, PIS berlangsung pada 6 Disember 2012. Ia merupakan satu platform pembentangan kertas kerja oleh para pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan. Kolokium ini telah dirasmikan oleh timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Suzanah binti Hashim di Dewan Kuliah Utama PIS. Bertemakan “Pendidikan Teknik dan Vokasional pemacu Inovasi dan pembangunan Negara”, kolokium ini memberi peluang kepada pensyarah dan para penyelidik Politeknik Ibrahim Sultan untuk berhimpun dalam satu platform perkongsian ilmu dan idea-idea baru melalui pembantangan hasil penyelidikan. Kolokium selama sehari ini menyaksikan Seramai 9 pembentang telah membentangkan hasil kajian serta penulisan mereka berkaitan dengan bidang masing-masing.
 
Peserta, panel, KJ JMSK dan AJK Kolokium bergambar bersama


Panel penilai bagi pembentangan ini adalah terdiri daripada Pn Hjh Siti Zunariah bt Mohd Said, selaku Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Dr Prasanna Kesavan, Pensyarah Kanan dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan.
 
 
Panel penilai sedang mendengar para peserta membentangkan kertas kerja
 

Disamping menjadi wadah perkongsian ilmu, kolokium ini diharapkan dapat memberi kesempatan kepada para pensyarah menimba pengalaman dalam pembentangan kajian dan hasil kreatif mereka di peringkat institusi.
 
Seorang peserta iaitu Pn. Umi Khaltom membentangkan kertas kerja beliau





 

0 comments:

Post a Comment