Pages

Thursday, 27 December 2012

Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Pertandingan KIK yang akan diadakan seperti iklan di bawah: ...

Friday, 7 December 2012

KOLOKIUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Kolokium Pendidikan Teknik dan Vokasional anjuran JMSK, PIS berlangsung pada 6 Disember 2012. Ia merupakan satu platform pembentangan kertas kerja oleh para pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan. Kolokium ini telah dirasmikan oleh timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Suzanah binti Hashim di Dewan Kuliah Utama PIS. Bertemakan “Pendidikan Teknik dan Vokasional pemacu Inovasi dan pembangunan Negara”, kolokium ini memberi peluang kepada...

Thursday, 29 November 2012

TELEMATCH & FAMILY DAY, JMSK PIS 2012

Telematch & Family Day JMSK 2012 telah diadakan pada 28 November 2012 bertempat di Dewan Serbaguna PIS. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim di antara staf dan ahli keluarga staf JMSK serta untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Berikut adalah permainan yang telah dirancang pada hari tersebut. Permainan Kaki Tiga (terbuka unit) Biskut oh Biskut (staf lelaki -individu) ...

Thursday, 6 September 2012

Marhaban Anjuran Badan Kebajikan dan JMSK

Majlis marhaban anjuran Badan Kebajikan dan JMSK telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 5 September 2012 di JMSK. Majlis ini dijalankan adalah bersempena meraikan bulan syawal yang telah tiba. JMSK telah menjadi “tuan rumah” bagi menjayakan marhaban yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan PIS. Majlis ini telah menjemput semua warga PIS bagi sama-sama menjayakan majlis marhaban dengan menyediakan pelbagai juadah seperti nasi bukhari, laksa penang,...

Wednesday, 18 July 2012

Kursus Fourier Series

Kursus Fourier Series telah diadakan pada 18 dan 19 Julai 2012 bertempat di BKCAD3, JMSK. Semua pensyarah JMSK dari unit matematik, sains dan juga komputer terlibat sama dalam kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan fourier series. Kursus ini adalah anjuran bersama di antara pihak JMSK dan ULPL. Pengenalan kepada siri fourier Sesi pengajaran oleh tenaga pengajar dari UTHM  Antara peserta...

Tuesday, 17 July 2012

LAWATAN CSR JMSK KE SMK KOTA MASAI 2

Pada 16 Julai 2012, rombongan CSR daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang diwakili oleh Cik Hafsah Binti Kastu (Ketua JK CSR), Pn. Puziahhaiza Binti Pazui (Setiausaha CSR), Pn Asniza Binti Abu Bakar (Ketua kursus Matematik) dan Pn Siti Norlina Binti Ab Sani( Wakil Ketua Kursus Komputer) telah mengadakan siri lawatan kali 1 ke Sekolah Menengah Kota Masai 2. Rombongan ini disambut oleh Tn Syed Mohd Pauzi Bin Syed Idris merangkap guru...

Monday, 18 June 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL JMSK

Majlis bacaan yassin dan tahlil ini diadakan pada hari Jumaat bersamaan 15 Jun 2012 bertempat di JMSK. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk sama-sama berkumpul semua staf JMSK bagi memperingati dan mendoakan bekas rakan sekerja yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarhamah Aidah Binti Japri.   Seramai lebih kurang 30 orang staf JMSK yang dapat hadir dan sama-sama membacakan Yassin dan Tahlil pada hari tersebut. Jamuan...