Tuesday, 29 January 2013
Wednesday, 23 January 2013
Program Persijilan Profesional 1Citizen-KPT Zon Selatan
Pada 21 hingga 23 Januari 2013 yang lalu telah diadakan satu kursus Training of Trainers (ToT) dan penilaian pentauliahan tenaga pengajar bagi program Pensijilan Profesional 1CitizenKPT peringkat Zon Selatan. Kursus yang berjalan selama tiga hari ini telah diadakan di Makmal CAD 4, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Kursus ini telah disertai oleh 36 orang pensyarah yang mewakili 9 politeknik dari zon Selatan termasuk 13 orang pensyarah dari PIS sendiri. Tujuan utama kursus ini adalah sebagai saluran untuk memupuk kesedaran penggunaan teknologi ICT dengan lebih beretika dan bertanggungjawab kepada keseluruhan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk di politeknik seluruh Malaysia menerusi penggunaan teknologi berkomputer dan media tahap tinggi.
Kursus ini telah dilaksanakan oleh pihak Prestariang Sdn. Bhd. yang diketuai oleh En.Easmail bin Mohammad Eastern dan dibantu oleh empat orang pegawai terlatih. Kesemua pensyarah yang menyertai kursus ini telah lulus dalam peperiksaan secara on-line yang telah dikendalikan oleh pihak Prestariang. Kelulusan ini melayakkan mereka untuk mendapat pensijilan profesional dan seterusnya menjadi tenaga pengajar bertauliah bagi kursus 1Citizen yang akan dijalankan untuk para pelajar di politeknik masing-masing.
Thursday, 17 January 2013
Majlis Perasmian Anjung Lestari JMSK
Majlis perasmian Anjung Lestari JMSK ini telah berlangsung pada 17 Januari 2013 bertempat di JMSK, PIS. Anjung Lestari ini adalah sumbangan ikhlas yang diberikan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) atas jaringan kolaborasi yang telah dijalinkan di antara JMSK dan JPNJ. Anjung Lestari ini dibina atas tujuan untuk mencantikkan kawasan persekitaran JMSK di samping menjadi tempat perbincangan antara pensyarah dan pelajar. Ia juga boleh dijadikan tempat berehat dan temapt menjalankan aktiviti-aktiviti yang santai. Nama Anjung Lestari ini telah menjadi pilihan hati semua warga staf JMSK kerana namanya yang unik dan segar.
Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) iaitu Tn Hj Sahul Hamed Bin Abd Wahab. Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah Pn. Hajah Siti Zunariah Binti Mohd Said (KJ JMSK), Pn. Farahadiba Binti Md. Said (KJ JPA), Ketua-Ketua Kursus JMSK, Ketua-Ketua Kursus JPA dan semua staf JMSK dan JPA. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh 'Ustaz' JMSK iaitu En Mohd Yusri Bin Jani. Seterusnya kata-kata aluan daripada KJ JMSK iaitu Pn Hajah Siti Zunariah Binti Mohd Said dan diakhiri dengan ucapan dan perasmian oleh Tn Hj Sahul Hamed Bin Abd Wahab. Majlis ini telah diakhiri dengan jamuan ringan.
Subscribe to:
Posts (Atom)