
Mesyuarat kolaborasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah berlangsung pada 29hb Feb 2012 bertempat di Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, Nusajaya. Kolaborasi terjalin antara Jabatan Perhutanan Negeri Johor dengan Jabatan Matematik, Sains & Komputer, PIS adalah bagi membangunkan projek Eco Trail di Politeknik Ibrahim Sultan. Wakil PIS yang pergi mengadakan mesyuarat kolaborasi tersebut adalah terdiri daripada Dr. Kamaruddin...