Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknikal Dan Kerjaya telah berlangsung pada 21hb Mei 2011 bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang yang di rasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Datuk Ab Rahim Bin Md. Noor. Persidangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pensyarah dari institusi yang berminat dalam mempersembahkan dan memperkenalkan hasil kajian masing-masing. Penyertaan sangat mendapat sambutan kerana peserta bukan sahaja terdiri dari Politeknik, malah dari institusi-institusi yang lain termasuk Universiti juga. Persidangan tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan di akhiri dengan penyampaian sijil daripada Datuk Ab Rahim Bin Md. Noor.